Blogger Backgrounds
assalamualaikum photo: assalamualaikum 42.gif
Don't get confused between my personality and my attitude. My personality is who i am, my attitude depends on who you are ;)

Ahad, 30 Ogos 2015

Rezeki.

Rezeki itu bukan pada duit, gaji atau harta saja.

Sihat itu rezeki.
Hidup bahagia itu rezeki.
Banyak masa lapang itu rezeki.
Disayangi orang itu rezeki.
Tak putus duit itu rezeki.
Tiada beban duit itu rezeki.
Tiada musibah itu rezeki.

Beruntungnya kita kerana ada ramai lagi insan lain yang tidak mendapat rezeki seperti apa yang kita dapat.

Ingatlah saudaraku sekalian, yang selalu kata tak cukup itu ialah nafsu. Yang selalu redha dan kata cukup itu ialah iman. Bersyukurlah. Subhanallah.

Sabtu, 8 Ogos 2015

Pasrah.

Kekadang dalam hidup kita ini, kita kena redha dengan sesuatu perkara. Tak kira sama ada putus cinta, penceraian ataupun sebaliknya. Kita kena percaya dan yakin bahawa Allah ingin memberikan kita yang lebih baik.

Kekadang Allah uji kita dengan harta benda, kekadang Allah uji kita dengan manusia. Semua ini hanya permainan dunia semata-mata. Jadi kita kena haruslah kuat dalam tempuhi ujian Allah.

Ya Allah, saat engkau uji diriku dengan insan bernama lelaki. Sungguh ku akui, diriku telah lalai. Allahu. Tidak sepatutnya aku jatuh cinta pada seorang hambamu itu. Tapi aku tewas. Izinkan aku untuk kembali kepadaMu. Izinkan aku untuk mencintaiMu seperti mana hanya namaMu sahaja dalam hatiku.

Ya Allah, sungguh diriku tidak tahu bahawa dia seorang lelaki yang menyayangi dua orang dalam satu masa. Aku tidak mahu melukakan hati orang yang telah mencintai dia sekian lama. Kini diriku hadir memusnahkan segalanya. Sungguh ku tidak tahu.

Tiba masanya untuk aku lupakan dia. Ya. Lupakan dia. Kerna ku tahu perancanganMu itu sungguh indah. Engkau berikanlah jodoh yang baik kepada diriku, yang dapat membimbing diriku ke jalanMu Ya Allah...

Ahad, 2 Ogos 2015

Dia sudah datang ke kampung akhirat negeri abadi, sudah menyahut janji janji Ilahi, sedang kita masih lagi dipermainkan oleh dunia yang sementara, dengan penghiasan dunia yang mempesona.

Esplanade Tanjung Api, Kuantan.

Rabu, 29 Julai 2015

Puasa Enam

Alhamdulillah. Harini saya dah start puasa enam dan berjalan dengan lancar. Cuma batuk je dah tiga minggu, tak baik baik lagi. Allahu. Takpe. Sakit itu penghapus dosa.

Ustaz saya cakap lelaki ni susah sikit nak puasa. Nak nak lagi puasa sunat. Hehe. Tak tahu lah kenapa. Mungkin disebabkan faktor malas. Tapi jika ada lelaki yang puasa sunat tu, alhamdulillah. Teruskan usaha anda untuk mendapatkan pahala. Sama sama kita cari pahala. Tambahkan pahala. Yeah.

Oh ya, Selamat berpuasa kepada semua yang puasa enam. Jaga hati, jaga mata, jaga iman. Dah puasa nie, kita kena jaga lah kesemuanya. Takut nanti puasa kita akan jadi sia sia. Buat penat je puasa, tapi pahala tak dapat. Haa cenggitu lah.

Selamat malam, assalamualaikum

Isnin, 27 Julai 2015

Berhijab

Ramai wanita mengatakan yang hijab itu tidak wajib, padahal kalau kita renungkan, semua alam ini berhijab. Bulatan bumi terhijab dan tertutup oleh lapisan ozon. Buah-buahan juga tertutup oleh kulitnya. Pedang pun terlindung dalam sarungnya. Pen tanpa penutup maka dakwatnya akan kering. Makanan dan minuman tanpa tutup akan dihinggap lalat. Tidakkah kita melihat anak-anak perempuan suka menyampul buku mereka dengan sampul tidak lain kerana untuk menjaganya. Wanita adalah bunga yang indah, setiap orang berkehendak memetiknya, maka kita harus menjaganya dengan hijab. Buah epal kalau dikupas kulitnya kemudian dibiarkan begitu saja tentu akan rosak, demikian juga pisang kalau sudah dikoyak kulitnya kemudian dibiarkan akan berubah menjadi hitam.

Allahu, indahnya jika aurat kita sentiasa dijaga. Tutuplah aurat untuk orang yang betul betul halal buat diri kita. Bukannya tayang untuk dilihat oleh ajnabi. Tutup aurat itu biarlah sempurna. Jangan pakai tudung, tapi biarkan lengan terdedah. Sedangkan lengan kita itu pun aurat.

Cuba berubah perlahan-lahan. Niat kerana Allah. In shaa Allah, Allah akan mempermudahkannya ��

Jumaat, 24 Julai 2015

Tiga fasa yang melucukan dalam kehidupan.

1. Di umur Remaja
Kamu miliki masa + tenaga.
Tapi kamu tak miliki harta.

2. Ketika fasa bekerja
Kamu miliki harta + tenaga.
Tapi kamu tak miliki masa.

3. Ketika fasa usia warga emas
Kamu miliki harta + masa.
Tapi kamu tak miliki tenaga.

Inilah kehidupan... Ketika dianugerahkan sesuatu kepada kamu diambil pula sesuatu yang lain dari kamu.

Kite selalu percaya kehidupan orang lain lebih baik daripada kita. Orang lain pula percaya kehidupan kita lebih baik daripada mereka...

Semua itu terjadi kerana kita kehilangan sesuatu yg penting dalam kehidupan kita dan ia adalah :

Redha dan rasa cukup dengan apa yang ada (Al-Qanaah)

Jika kamu ingin tahu kedudukan kamu di sisi ALLAH, Perhatikanlah kedudukan ALLAH dalam hati kamu

Khamis, 23 Julai 2015

Rumah Kita

Kita bukan penduduk bumi,
kita adalah penduduk syurga. Kita tidak berasal dari bumi, tapi kita berasal dari syurga.

Maka carilah bekal untuk kembali ke rumah,
kembali ke kampung halaman.

Dunia bukan rumah kita,
maka jangan cari kesenangan dunia.

Kita hanya pejalan kaki dalam perjalanan kembali kerumah kita.

Bukankah mereka yang sedang dalam perjalanan pulang selalu mengingat rumahnya dan mereka mencari buah tangan untuk kekasih hatinya yang menunggu di rumah?
Lantas, apa yang kita bawa untuk penghuni rumah kita, Rabb yang mulia?

Dia hanya meminta amal sholeh dan keimanan, serta rasa rindu padaNya yang menanti di rumah.
Begitu beratkah memenuhi harapanNya?

Kita tidak berasal dari bumi,
kita adalah penduduk syurga.

Rumah kita jauh lebih Indah di sana.

Kenikmatannya tiada terlukiskan, dihuni oleh orang-orang yang mencintai kita. Ada isteri sholehah serta tetangga dan kerabat yang menyejukkan hati.

Mereka rindu kehadiran kita, setiap saat menatap menanti kedatangan kita.
Mereka menanti khabar baik dari Malaikat Izrail.
Bila Keluarga mereka akan pulang.

Ikutilah peta (Al Qur'an) yang Allah titipkan sebagai pedoman perjalanan.
Jangan sampai salah arah dan berbelok ke rumahnya iblis Laknatullah yaitu neraka.

Kita bukan penduduk bumi,
kita penduduk syurga.
Bumi hanyalah perjalanan.
Kembalilah ke rumah kita...